Text
Dilema melayu
Dr Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Semasa masih di bangku sekolah lagi, beliau turut terlibat dalam kempen menentangrnMalayan Union dalam tahun 1945-1946. Dengan menggunakan nama samaranrnC.H.E. Det, beliau kerap menulis artikel-artikel mengenai orang Melayu dan mengenai politik untuk akhbar Sunday Times di antara tahun 1946 hinggarn1950. Beliau telah lama menjadi ahli UMNO, tetapi beliau mulai terkenal hanya dalam tahun 1964 apabila beliau memenangi kerusi pilihanraya Parlimen. Beliau kemudian telah disingkirkan dari UMNO pada tahun 1969 berikutan perselisihanrnpendapat dengan pucuk pimpinan parti.rnPada tahun 1972 Dr Mahathir telah diterima semula sebagai ahli UMNO.rnSebelum dilantik sebagai anggota Kabinet pada tahun 1974, beliau telahrnmembuktikan kebolehan beliau sebagai seorang pentadbir tatkala menjadirnPengerusi Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA). Dalam bulan Mac 1976, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Hussein Onn. Bila Datuk Hussein Onn mengundur diri dalam tahun 1981, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
| PMKAA00202 | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain